Dilea Live 4 Subjek Teras Tingkatan 5
11 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2025, telah diadakan Tuisyen Dilea Live 4 subjek Teras Tingkatan 5 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 9:30 pagi hingga 4.30 petang.
Tuisyen Dilea ini dijalankan secara atas talian untuk tingkatan 5, Kelas yang pertama adalah kelas Bahasa Melayu, Kedua kelas Bahasa Inggeris, Kelas ketiga untuk Sejarah dan kelas keempat adalah kelas Matematik. Setiap sesi kelas, peserta perlu menanda kehadiran di dalam sistem dilea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: